Tuesday, November 9, 2010

Senandung Rabiah

Lebih indah dari senandung serunai yang merdu,
Di kegelapan malam terdengar bacaan Al- Quran,
Alangkah bahagianya kerana Tuhan mendengarnya,
Suara yang merdu membangkitkan keharuan,
Dan air mata pun bercucuran,
Pipinya sujud menyentuh tanah bergelumang debu,
Sedangkan hatinya penuh cinta Ilahi,
Ia berkata, Tuhanku, Tuhanku,
Ibadah padaMu meringankan deritaku...
~Rabiah Adawiyah~

Oh Tuhanku,
Orang-orang yang berkhalwat ingin dekat padaMu,
Ikan-ikan di laut bebas memuji keesaanMu,
Demi keagunganMu bergelora ombak-ombak di laut,
Demikian pula malam gelap gelita,
Dan bahtera belayar di laut bebas,
Bulan purnama bersinar cerah,
Bintang berkelip-kelip,
Semuanya menunjukkan keagunganMu,
Kerana Engkau Maha Kuasa...

Kekasihku tidak ada yang menandingiNya,
Hatiku hanya tercurah padaNya,
Kekasihku tidak nampak padaku,
Namun dalam hatiku tidak pernah lenyap...

Ketika kudengar suara azan,
Yang kudengar hanyalah panggilan kiamat,
Ketika kulihat salji,
Yang kuingat hanyalah bulu-bulu berterbangan,
Ketika kulihat belalang,
Yang kuingat hanyalah hari perhitungan...

Kau derhaka pada Ilahi,
Padahal kau mengatakan cinta padaNya,
Jika cinta engkau benar-benar ikhlas,
Tentu engkau taat padaNya,
Kerana orang bercinta hatinya dekat pada kekasihnya...

Oh kegembiraan, tujuan, dan harapanku,
Engkau semangat hatiku,
Engkau memberikan kebahagiaan padaku,
Kalau bukan kerana mencariMu,
Tidak kujelajah negeri-negeri yang luas ini,
Betapa banyaknya limpahan nikmat kurniaanMu,
Cinta padaMu tujuan hidupku...

No comments:

Post a Comment