Inilah kisah ANAK dan IBU AYAH.......
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sangat sibuk…
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu…
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang…
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah…
Bila hati kita terguris, kita kata… ‘Mak memang tak pernah faham.’
Bila hati kita terhiris, kita kata… ‘Ayah memang tak ambil kisah.’
Tetapi…
Bila hati mak kita guris, mak kata… ‘Tak apa, dia masih muda.’
Bila hati ayah kita guris, ayah kata… ‘Tak mengapa, belum sampai akalnya.’
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki…
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal…
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga…
~Diari Sufi~

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR…
Inilah dua insan mulia yang Allah kurniakan kepada kita. AYAH & IBU…
............................................
Alhamdulillah, saat jari menyentuh dada keyboard, saya sedang menanti2 waktu untuk pulang ke rumah... Bercuti sebulan sebelum berhadapan sem baru yang mungkin lebih mencabar dengan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu di samping tanggungjawab2 lain yg besar di nilaiannya di sisi Allah, mudah-mudahan, ameen...
Alhamdulillah, exam paper yang berturut-turut pada 7,8, dan 9 November lepas akhirnya berlalu. Hanya tawakal dan doa sepenuhnya kepada Allah SWT... Kini menanti 15hb untuk paper QPT, rasa lega sedikit paper terakhir ini tak memerlukan hafalan yang banyak seperti 3 paper sebelum ini. Nahu, i'rab memerlukan kefahaman dan praktikal, hafal ada lah sikit2...
Cuti sebulan nak buat apa?
Ada beberapa pelawaan yang datang, "fuzah, jom pergi pondok", "jom pergi BAKSIS"...
Saya hanya tersenyum, menggeleng... Menolak, saya dah berjanji dengan seseorang...
Dengan siapa? Siapa lagi, MAK lah...
"Cuti kali ni berapa lame?".. tanya mak
"Sebulan mak"
Pantas mak berpesan, " cuti ni duduk rumah jelah ye, tak payah nak pergi mana-mana, nanti mulalah nak kerja lah, nak itulah"...
"heee.. Yelah mak,OK..."
Fikir-fikir balik...
Sebulan??? Taklah lama sangat, pejam celik pejam celik dah sebulan..Kalau dulu cuti 4 bulan, macam-macam permintaan saya pada mak... Nak pergi kerja, pergi pondok tambah ilmu (tak pernah pergi lagipun), pergi jalan-jalan jumpe kawan. Semuanya disebabkan alasan BOSAN duduk di rumah...
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM...
Bosan ke menatap muka mak ayah? Bosan ke bekerja, memasak, kemas rumah untuk senangkan hati mak ayah? Sebab tak bergaji ke? Bosan ke setiap hari berborak dengan mak ayah? BOSAN???
Astaghfirullah'azim...
Apabila difikir semula, alangkah terguris hati mak dan abah...
"Memang kamu tak tahu, mak abah tak akan sesekali bagitahu bahawa hati mereka sedih. Kata mereka, takpelah, asal anak dia gembira, bahagia...
Ya Allah, ampunkan dosa kami yang bergelar anak... Berilah kami peluang untuk sentiasa memperbaiki diri...
Ya Allah,
Rahmati dua insan mulia itu,
Berilah ketenangan kepada mereka,
Kesejukan hati melihat anak-anak di depan mata,
Berilah kerehatan kepada mereka,
Kerehatan di dunia dan di hari yang dijanjikan,
Sesungguhnya mereka telah berpenat lelah,
Menjaga dan membesarkan anak-anak,
Bermandi peluh, dihisap pacat dan nyamuk,
Demi siapa? Demi aku anaknya...
Moga kepenatan yang lahir penuh tulus,
Kau gantikan dengan kerehatan di syurgaMu,
Ameen Ya Allah...