Friday, July 13, 2012

Ustazah Balik!!!

"Ustazah balik!!!"


Apa perasaan anda kalau ada anak murid yang berkata macam ni pada anda??


Eiii... Rasa nak lempang? Rasa nak cubit-cubit?


Sabar, sabar... Sabar itu INDAH kan... @_@


SABAR ITU INDAH~ 


Mudah bukan, nak nasihat pada orang lain:
"sabar,sabar, ini semua ujian Allah"
"sabar, jangan ikutkan perasaan sangat"
"bla, bla, bla....


SABAR, mudah disebut, sukar dilaksanakan...


Sabar dalam beribadah, sabar dalam ketaatan, sabar dalam meninggalkan maksiat, dan sabar orang wanita, iaitu sabar mengawal emosi ^^
Saya juga wanita, perempuan. Tak lepas daripada mainan emosi. Perempuan kaya dengan emosi, maka bersabarlah dengan wanita ^^ 


COP,COP... Bukan nak bercerita mengenai wanita di ruang pos ni. SABAR adalah fokus utama ^^ 


Jujurnya, Rumaysa bukan seorang yang penyabar, namun sering terdengar kata-kata dari sahabat terdekat, "kamu ni penyabar lah orangnya"... erkkk... Macam mana tu? Tak sama apa yang empunya badan kata dengan apa yang orang lain nilai. Apapun, semua orang lebih mengenali diri masing-masing, and i know my self better than others (tetibe English)


TARBIAH DARIPADA ALLAH~

Alhamdulillah, bermula bulan 3 2012, Rumaysa diberi peluang oleh Allah untuk menerima sedikit 'tarbiah'. Tarbiah untuk mentarbiah orang lain. Subhanallah, amanah yang terasa amat berat, apatah lagi amat menguji kesabaran Rumaysa. Benarlah, Allah menghantar saya untuk mentarbiah 'dia', kerana ingin mendidik saya menjadi seorang yang sabar, lantaran saya bukan seorang yang penyabar. 


Siapa 'dia'??


~Memperkenalkan,.. nama saya Fareez, ustazah ajar saya mengaji dan fardhu ain ^^~


Seorang kanak-kanak sedikit istimewa, belajar di sekolah khas, lantas banyak mengajar saya erti sabar dalam mendidik. Kadang-kadang kelakuan yang di luar jangkaan, suka mengamuk, menangis tiba-tiba, maka cabaran mendidiknya tidak sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun Rumaysa menganggap ada hikmah di sebalik aturan Allah mentakdirkan saya terpilih untuk mengajar Fareez. Alhamdulillah. 


"Ustazah balik", perkataan yang setiap hari didengari. Rasa pelik jugalah kalau tak dengar, hehe. Kata-kata ni hanya didengari ketika sedang mengaji, bosan mungkin. Susah juga mahu menanam minat kepada kanak-kanak seperti ini. Namun lain pula keadaanya ketika sesi fardhu ain, seronok hafal doa-doa, menyanyi lagu rasul dan malaikat, alhamdulillah...


GURU, IBU & SABAR~


Pendidik is the best choice, ini azam saya selepas menimba pengalaman sebagai pengasuh dan guru di sebuah taska sebelum ini. 
Rupanya bukan mudah menjadi seorang pendidik @ guru. 
GURU & SABAR tak boleh dipisahkan. Itulah sifat utama yang perlu disemai. 


Begitu juga seperti seorang IBU & SABAR, tak dapat dipisahkan. Di saat Fareez menjerit-jerit mengamuk, saya terkenang kenangan zaman kecil. Saat emak melayan kerenah memujuk saya menerjah ke ruang fikiran. Allah memberi peluang saya merasai apa yang dilalui oleh emak saya suatu ketika dahulu. Subhanallah


Ya, saya melihat hikmah saya ditakdirkan bertemu Fareez, bagi saya yang bakal menjadi ibu, guru, pendidik (mudah-mudahan, aamiin) Allah sedang memberi saya 'latihan persediaan' @ 'praktikal' tanpa saya sedari. Terima kasih ya Allah.


************************************************
Anda pula bagaimana? Fikir dengan mata hati, insyaAllah ada tarbiyah daripadaNya yang mungkin kita tak sedari, maka zikirlah kepadaNya, memuji nikmat daripadaNya yang tidak pernah putus-putus. Alhamdulillah ^^



~Maka nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan. Astaghfirullahal'azim~~


Fikir zikir, wallahua'lam.


SABAR ITU INDAH @_@

Sampaikan Aku PadaNYA

Bismillahirrahmanirrahim...


Subhanallah, 8 hari lagi...


Allahumma ballighna ramadhan, aamiin... Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan.


8 hari, bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku sepanjang 8 hari. 19 Julai bersamaan 1 Ramadhan, alhamdulillah genap umur 22 tahun pada tarikh yang sama, (salah, 20 julai
= 1 Ramadhan ^^) insyaAllah jika dipanjangkan umur. Ya Allah, tidak sabar menunggu ramadhan kali ini.



Setiap kali Ramadhan datang, azamnya moga dimanfaatkan sebaiknya. Ya Allah, beri aku peluang menemuinya, moga aku tidak mensia-siakannya. Begitu berbeza rasanya kehadiran kali ini.


Teringat pesan kakak naqibah, sebaiknya kita menyambut ulang tahun kelahiran kita dengan berpuasa, tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat nyawa dan umur di dunia ini. Alhamdulillah, jika diberi kesempatan nyawa yang genap 22 tahun, Rumaysa akan berpuasa pada tarikh kelahiran, puasa di bulan Ramadhan. 
(Terkilan juga tak dapat berpuasa, kerana sehari sebelum Ramadhan. Apa pun, alhamdulillah sebaik sahaja menjengah usia 22 tahun, saya bertemu madrasah Ramadhan)
=)


Moga ada keberkatan pada tahun ini, pada saat umur mencecah 22 tahun. Ya Allah, semakin dekat dengan TARIKH KERAMAT itu. Terima aku ya Allah. AAMIIN...


Fikir zikir bersama~~ ^^