Monday, June 7, 2010

Saat Nadi Berdetik

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful...

Alhamdulillah, hari ini Allah masih mengizinkan nadi hamba ini terus berdetik. Moga setiap detik nadi kita disertai dengan titip ingatan kepadaNya...

Hari ini, semasa menjengah di youtube, saya tertarik dengan satu lagu. Kali pertama saya mendengar nasyid ini, nyanyian Zulfan. HAYATI BERSAMA LIRIKNYA, IBU...

Sejenak hatiku mula tersentuh,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata,
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat dibalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.






BONUS!BONUS!

InsyaAllah, petang ini akan bertolak ke Kelantan. 5 hari bermuSafir di sana, membantu ustaz menjual kamus Miftah Tullab yang baru diterbitkan, hasil adaptasi daripada Kamus Moden Miftah. Malam semalam saya khabarkan kepada mak abah, mak kata " pergilah, mak tak risau sangat awak pergi dengan kawan-kawan dan ustaz. Jaga diri."

Moga perjalanan petang ini diiringi perlindungan Allah, jauh dari segala perkara yang tak diingini. Moga Allah luruskan dan pandu hati kami dalam menetapkan niat yang baik, niat untuk menimba ilmu dan pengalaman serta menambah saham akhirat, bukan sekadar mencari keseronokan dan nikmat dunia semata. Andai ada duit poket yang masuk, ia dianggap bonus di dunia dari Allah. Moga memperoleh kedua-duanya sekali, BONUS DUNIA & BONUS AKHIRAT =)


No comments:

Post a Comment