Wednesday, June 16, 2010

Waktu Itu Makin Hampir!!!

Sewaktu perjalanan pulang ke Seremban pada isnin lepas, saya menerima satu mesej mengenai kembalinya al-Marhum Ustaz Hassan Shukri, bekas Timbalan Presiden PAS ke rahmatullah. Al- Fatihah buat al-marhum.


Semalam pula, saya menerima berita kembalinya seorang sahabat daripada UIA PJ, Fatimah ke rahmatullah. Al- Fatihah buat Fatimah, moga rohnya dicucuri rahmat. Pemergian kedua-dua hamba Allah ini pasti meninggalkan kesan kepada mereka yang hampir dan mengenali arwah. Al-marhum Ustaz Hassan Shukri yang saya ketahui banyak menyumbangkan jasa di medan jihad dan dakwah dalam parti gerakan islam. Begitu juga dengan al-marhumah Fatimah yang turut sama-sama turun menyumbang jasa di medan jihad dan dakwah pada usia yang muda. Moga segala jasa mereka menjadi saham di akhirat kelak, Ameen…

Di usia sebaya saya, Fatimah telah bertemu Allah. Pasti! Waktu itu semakin hampir kepada kita. Takut? Bimbang? Tak bersedia? Macam-macam yang bermain di fikiran kita saat teringatkan kematian. Namun realitinya, kematian itu pasti. Kita akan berhadapan dengannya sama ada kita bersedia atau tidak.

Saya akui, sebagai manusia, kita sering lupa dan lalai. Lalai dari mengingati Allah, apatah lagi mahu mengingati mati.Jadi, saya menyeru diri saya dan anda semua untuk kita sama-sama hisab amalan dan islah diri masing-masing.Suka saya berkongsi satu rencana yang saya copy dari sini,
http://adiharriman.com/blog/?p=573

Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.

Malangnya, kemudian kita terleka kembali dengan dunia.
Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

1. Dunia itu racunnya dan zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah, maka terbahagilah dia kepada lima bahagian.

1. Hartanya untuk warisnya.
2. Nyawanya untuk Malaikat Maut.
3. Dagingnya untuk ulat-ulat.
4. Tulangnya untuk tanah.
5. Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
2. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
3. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

1. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat, mengapa jadi lemah?
2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap, mengapa diam?
3. Hai anak adam di manakah kekasih engkau, mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyergah suara dari langit tiga kali:

1. Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila mayat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
2. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amalmu baik.
3. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

1. Wahai anak Adam segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
2. Wahai anak Adam, jika amalmu itu baik kamu akan lihat baik.
3. Wahai anak Adam, jika amalmu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, dan kamu akan disiksa di dalam perutku (kubur).
3. Kamu bergurau di atasku, dan kamu akan menangis di dalam perutku (kubur).

Wallahualam…”sesungguhnya mati itu pasti”

Posted by adi @ 9:06 am

No comments:

Post a Comment