Wednesday, December 28, 2011

Pertama & Terakhir...

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah.
Alhamdulillah atas nikmat kesihatan dan masa lapang, untuk dimanfaatkan sebaiknya untuk persediaan final exam yang akan bermula esok ^_^

Moga2 kita tak tergolong dalam kalangan yang disebut dalam hadis, golongan yang alpa dengan 2 nikmat masa lapang dan sihat, ameen...

Dalam kekalutan persediaan untuk final exam ni(last minute preparation, hu4), sempat lagi rumaysa mencuri masa untuk post kat sini.

ADA APA DENGAN PASAR MALAM??

Ada apa? Macam-macam ada...

Semalam, rabu, pasar malam di luar pagar UIAM GOMBAK. Pertama kali pergi dalam sem ni. Waktu dekat nak final ni lah nak pergi sana, pergi sini. Tiba-tiba terfikir, mana la tahu, sem depan tak sempat nak pergi ke, da keluar UIA ke, da tingalkan dunia ni ke (haha, merapu je.... tapi bab mati betul kan? Kematian kita tidak tahu bila dan di mana)

Macam2 ada, apa yang saya cari? Satu sahaja yang saya idam2kan. Jagung bakar!
Dah lama benar tak makan ^_^
Jagung oh jagung!!!

Jagung ni of kos bkan jgung smlam, ni ehsan dr en. google. harap maklum ^_^

~MENGIMBAU MEMORI (^_^)

Jagung... Ada memori waktu kanak-kanak yang saya tak dapat lupakan.

~rindu menggamit.....

Dahulu, ketika saya masih kecil orang2 kampung saya sering bercucuk tanam di tanah yang digondolkan kerana projek tanam semula getah atau sawit. Saya terfikir, entah kenapa sekarang budaya itu sudah tiada. Adakah kerana taraf hidup sekarang sudah meningkat?? Hmmm...

Wik (nenek), abah dan mak saya antara yang terlibat. Boleh kata jadi tradisi ketika tu. Apabila ada orang yang nak buat projek tanam semula, tuan tanah tu akan bagi izin pada siapa2 orang kampung yang nak berkebun. Biasanya orang kampung akan tanam kacang tanah, keledek, dan paling utama jagung.

Ketika itu, wik saya masih sihat. Dia rajin menanam kacang tanah dan keledek. Saya pula rajin mengikut ke kebun, pantang sahaja dengar wik nak ke kebun, saya sungguh2 nak ikut.(tak silap waktu tu cuti sekolah)

Mak abah pula, tanam pokok jagung, juga di kawasan yang sama. Dari mula benih jagung sampailah berbuah, saya tak lepas pandang pun. Waktu tu, seronok je yang tau, budak-budak...
Tapi tetap membantu ye, ^_^

Saya ingat lagi, cara-cara nak tanam pokok jagung. Mula-mula abah saya akan buat lubang2 di tanah menggunakan kayu yang muncung sedikit di hujungnya. Kemudian benih jagung akan diletakkan dalam lubang2 tersebut. Ha, waktu ni lah part saya membantu.
Saya tabur benih2 jagung dalam lubang, kemudian saya ambil tanah untuk kambus. Tiba-tiba mak saya menegur, jangan dikambus benih tu, biarkan sahaja macam tu...
Owh... macam tuuu (^_^)

Sehinggalah pokok-pokok jagung tu besar dan berbuah, saya tak jemu2 menunggu, menunggu hasilnya. Dan ketika ini lah, KERA N DA GENG cemburu dengan manusia2. Jadi, abah dan abang selalu kena menunggu di pondok kecil yang dibina sendiri, menghalau kera2 yang mencari rezeki diorang sendiri. Saya apa lagi, excited nak ikut tapi mak selalu menghalang, banyak nyamuk katanya. Saya mencuka =( tapi dalam hati, "tak kira nak pegi jugak". Degil!!

Satu hari...
Akak minta saya hantarkan nasi untuk abah dan abang di kebun. (ni kes dia malas nak pegi lah)
Ibarat orang mengantuk disorong bantal, apa lagi berlari2 pergi ke kebun. (sorang2 je, tapi tak jauh pun dari rumah, boleh jalan kaki jer...)
Sampai2 di sana, saya tak nampak abah dan abang. Biasanya diorang duduk di pondok. Saya meninjau2, tiba2 nampak pokok2 jagung bergerak-gerak, kera? Saya takut kera, hu3...
"Hah, watpe?"
"Cis, kau rupanya!!"

Abang saya rupanya... Geram! Abah tersengih je.. Hmmm, rindu menggamit~

~Rindu zaman kanak-kanak, rindu nak makan jagung, kacang tanah, keledek yang tanam sendiri...
~Rindu, dengan waktu bersama family...

CERITA PASAR MALAM, CONTINUE...

Saya balik dengan melenggang kaki, ibarat ayam pulang petang (tak nak itik, tak sopan langsung, huuu). Menjinjing plastik2 berisi jagung bakar dan nasi kerabu.

'Oh nasi, jagung, sabar ye nak masuk perut aku, perjalanan masih jauh ni"
~Longlai kaki melangkah, jauhnya...

Terlintas, di fikiran...
Bestnya mereka yang ada motor ni. Bila nak ada motor ni??

Motivasi + positif kan diri...
Berjalan kaki SUNAH RASULULLAH ^_^
Biarlah penat sedikit, asalkan ia ibadah. Usaha pergi cari makanan yang halal + amalkan sunah Nabi. Nabi dahulu mana mana ada kenderaan, bahkan unta pun Nabi tak naik, Nabi jalan kaki ke masjid.
(Masjid? Saya jalan kaki ke pasar malam ^_^)

Maka, alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk saya makan jagung bakar + nasi kerabu semalam. Walaupun tak manis, dah tua sedikit jagung tu. Dahulu kalau makan jagung tak manis, "mak, tak nak lah yang ni, nak ambil yang lain." (Amboi!! Mengada2, da gigit tu, sape nak makan? Mentang2 lah banyak). Merungut juga lah awalnya, tapi syukur dalam hati perlu ye. Manusia... merungut dan merungut~~

Mood: PERTAMA & TERAKHIR KE SANA.... (sem ni laaa...)

JADI HAMBA BERSYUKUR

Mudah kan untuk ucap alhamdulillah?
Tapi belum tentu hati kita redha dengan sesuatu, dalam erti kata lain benar-benar rasa syukur dengan apa yang ada. Rasa cukup dengan apa yang ada...

ALHAMDULILLAH. Biasa kalimah ni diucap bila kita mendapat satu NIKMAT. Jarang sekali, atau mungkin tidak pernah langsung kalimah ini diucap saat kita punya apa2 KEKURANGAN.

Maka, ajar lah diri kita untuk merasa cukup dengan apa yang ada. Lihat lah mereka yang lebih kurang daripada kita. Jangan kita melihat kepada mereka yang lebih daripada kita.
Bimbang-bimbang, membawa kita kepada tidak redha, tidak puas, dan menjadi TAMAK dengan dunia.

Fikir zikir
Wallahua'lam

~JOM JADI TAMAK AKHIRAT~

Thursday, December 22, 2011

Kerja di Ladang (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah, hari ini Allah dengan sifat Ar- RahmanNya tetap mengurniakan kita dengan nikmat nyawa, masa, dan yang paling besar nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah, rasa bersyukur dengan nikmat kesihatan hari ini. Walaupun sedikit nikmat kesihatan ditarik hari ini, saya masih bersyukur, Allah izinkan kaki ini untuk melangkah ke kelas dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat:
" Sakit ini sebenarnya satu nikmat, tandanya Allah sayangkan kita, Dia ingat akan kita."

Waktu itu, terdetik di hati, "akupun nak juga, perhatian dari Kau Ya Allah. Ya Allah da lama benar aku tak ditimpa sakit, bimbang-bimbang leka dalam nikmat sihat yang kau kurniakan."

Nah! Kamu yang minta kan? Jadi, kenapa mahu mengeluh pula, sedangkan permintaan dah pun dimakbulkan (^_^)
Terima kasih, kerana hambaMu dipilih dari kalangan hamba-hambaMu =)

****************************

APA CITA-CITA KAMU??

Satu ketika dulu, soalan ini begitu sukar untuk saya jawab. Jawab sekadar perlu,
"Mungkin pendidik kot, tapi tengok atas rezeki juga la.."

Itu dulu, tapi sekarang saya ada jawapan yang datangnya dari JIWA saya...

Bila ada yang bertanya, "Ni ambil pengajian Islam nanti jadi ustazah la?"
Jawapan saya dengan penuh YAKIN,
"Ya, InsyaAllah, doa-doakan lah ye, =)"

~Ustazah je? Zaman sekarang ni, anak muda perlu BERJIWA BESAR... Kalau ustazah, da berlambak kat luar sana~~

(^_^) Tak lah, ustazah bukan profesion biasa. Pendidik bukan calang-calang orang, kalau bukan kerana jasa mereka, tidak berdirinya kita di sini sekarang, sebagai seorang mahasiswa.


ALLAH TUNJUKKAN JALAN~~

Satu ketika dulu, ketika saya masih belum membuka mata menilai dengan sebaiknya, saya sekeras-kerasnya tak mahu menjadi seorang guru@pendidik@ustazah.
Alasan, saya tak pandai mengajar, tak ada kemahiranlah!

Hakikatnya, KEMAHIRAN MENDIDIK DATANG DARI JIWA.

Kemahuan mahu menyampaikan apa ilmu yang ada, biarpun sedikit, dengan niat mereka yang memperolehinya mendapat sesuatu kebaikan, InsyaAllah..

Segalanya bermula di sini....
TASKA CAHAYA EMAS,
Saya melihat kehidupan kanak-kanak yang sangat butuhkan bimbingan, mereka perlu dibentuk dengan bimbingan dan ajaran yang betul. Ajaran dan nilai hidup Islam yang indah. Di waktu jiwa mereka masih suci dari karat-karat jahiliyah dan masih tak terpalit sebarang dosa, jiwa mereka perlu diisi dengan keperluan agama dan rohani.

~~Memori dahulu menggamit kembali....

"Cikgu, betul ke Nabi Adam dulu duduk di syurga? Lepas tu, kena hantar ke dunia sebab buat dosa?"

Cikgu hanya menjawab: "Ya, betul."

Yang lain berebut-rebut mahu menambah, "Sebab diorang makan buah yang tak boleh makan kan?"

Cikgu tersenyum, "Aah, pandainya. betul3..."

Si Cikgu hanya mengiyakan, memberi peluang mereka berkongsi apa yang mereka tahu sebelum mencelah dan menambah. Listen first...

Tiba-tiba ada satu soalan, " Tapi kan cikgu, saya pelik. Ada orang kata Hawa dibuat dari tulang rusuk Adam. Kalu betul la kan, kenapa orang lelaki ada je tulang rusuk lagi sekarang, tak hilang pun. Betul ke cikgu, macam pelik je..."

"Aduiih! Mencabarnya soalan, nak jawab apa?Ni budak-budak kalau jawab salah, bahaya..." lama cikgu berfikir, kanak hanya termangu menunggu jawapan...

Tiba-tiba ada yang mencelah, " Cikgu! Saya ada buku cerita, cikgu bacakan boleh? Buku cerita seram cikgu.

Buku beralih tangan, cikgu membelek-belek. Tiba-tiba tergelak, kata seram...

"Ni bukan buku cerita seram, ini kisah perang di zaman nabi kita..."

"La yeke, saya nampak ada berdarah-darah, ingatkan cerita seram. Cikgu ceritalah.."
Bersungguh-sungguh meminta.

Cikgu hanya tersenyum, dalam hati, "Tak pernah bercerita kepada kanak-kanak ni, macam mana ye? Takpe, believe yourself, U can do it!!"

~Cikgu bercerita, budak-budak khusyuk mendengar~~

Hmm, kalau cerita yang salah, diorang tetap percaya kot, hati-hati... (^_^)

Inilah rutin harian dahulu, sementara menunggu van sekolah datang mengambil mereka, mereka akan meminta saya bercerita.
Kadang-kadang saya minta mereka bercerita. Biarpun kadang-kadang mengarut, saya cuba menjadi pendengar yang baik. Mungkin di situ ada nilai motivasi, mereka yakin dengan kemampuan diri mereka.




Sejak itu, saya nekad dengan keazaman diri. PENDIDIK is the best choice...


LADANG AKHIRAT

"Menjadi pendidik merupakan ladang akhirat"

Kata-kata tersebut masih melekat di gegendang telinga saya.

Dr. Muhaya, sering kali mengulanginya dalam slot ceramah beliau. Dari situ, motivasi saya semakin meningkat.

Namun sebenarnya, apa-apa jua kerja atau amal yang kita lakukan di dunia adalah ladang bagi akhirat. Seandainya betul niat kita kerana Allah, InsyaAllah ganjaran yang kita perolehi.

Seorang doktor yang meniatkan amalnya bagi membantu menyihatkan tubuh pesakitnya, moga-moga pesakitnya mudah melakukan ibadah kepada Allah. InsyaAllah, besar semaian baginya di ladang akhirat kelak.

Dunia ibarat ladang bagi akhirat. Seharusnya kita bekerja di ladang ini sebaiknya bagi menyemai benih di sana. Moga-moga dengan hendakNya semaian yang telah kita semai sejak di dunia bakal bercambah dan mengeluarkan hasil. Dan pastinya hasil yang kita impikan adalah jannahNya (^_^) ameen...

Ya Allah,
Permudahkanlah bagi kami kefahaman dalam agamaMu,
Fakihkanlah kami dalam menuntut ilmuMu,
Ajarkanlah apa yang kami tidak tahu.

Ya Allah,
Bantulah kami dalam menetapkan niat,
Tuntunlah hati ini agar tidak terpesong,
Sesungguhnya sedikit ilmu yang kau kurniakan,
Manfaatnya adalah untuk seluruh alam,
Izinkan sedikit ilmu dimanfaatkan,
Atas dasar satu nama jalan perjuangan,
Perjuangan menyampaikan keindahan agamaMu...


~BEKERJA DI LADANG, MENYEMAI BENIH TERBAIK~

Sunday, December 18, 2011

Rasa Lemah?? Carilah kekuatan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji bagiMu, atas pinjaman nyawa dan jasad saat ini, atas kesempatan waktu untuk hamba2 Mu menyemai benih syurgaMu. Terima kasih Ya ALLAH...

Entah kenapa...
Rasa tak sempurna ruangan blog ini tanpa post untuk mak abah. Biarlah, walaupun mereka tak tahu, tapi saya mahu satu dunia tahu, saya ada MAK ABAH kurniaan Allah yang sangat saya sayangi.



Entah kenapa,
Tiba-tiba terfikir yang satu hari nanti kami akan berpisah di dunia ini,
Sama ada saya yang mendahului, atau mak dan abah terlebih dahulu,
Saya pasti kematian bakal menjemput.

*********************************
.

Seringkali dalam mana-mana slot muhasabah program, anak-anak diingatkan andai esok atau bila-bila masa ibu dan ayah bakal meninggal dunia. Laju air mata mengalir, siapa tidak sedih jika kehilangan ibu bapa.

Dan sehingga kita dewasa, bila kita terfikir perkara yang sama, hati pasti rasa bergelora. Pilu, bimbang, risau, sedih.....

"Ya Allah, kuatkan hati ini menerima ketentuanMu suatu hari nanti, ujian kehilangan mereka tersayang"

~Kita tenggelam dalam air mata muhasabah... Memikirkan sejauh mana bakti kepada ibu dan bapa, sudahkah hak-hak mereka kita tunaikan??~~~

Namun boleh jadi, yang muda mendahului yang tua. Andai esok @ lusa, kita dipanggil menghadapNya, bagaimanakah bakti kita kepada ibu bapa? Sudah terlaksana dengan baik?
Taat dan bakti kita kepada mereka juga menjadi jambatan kita memperoleh redha dan kasihNya.

Maka saya melihat hikmah, mengapa dikatakan dengan melihat kepada 3 perkara, kita dengan mudah terus mendapat pahala:
1) Al Quran
2) Kaabah
3) Ibu bapa



~Terbayang wajah mereka, mengingatkan kita akan amanah ilmu yang sedang digalas, menyedarkan kita tentang harapan besar daripada mereka, dan meniup rasa kekuatan dan motivasi~

MEMIKUL AMANAH DAN HARAPAN

Friday, December 16, 2011

Mereka... Ahli Fitrah

Ya Allah, masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga saat ini, tangisan dan gelak tawa mereka... Hati ini rasa terusik, sayu, rindu... Ya ALLAH

TASKA CAHAYA EMAS, di sana terpahat satu memori yang benar2 membekas di hati. 3 bulan adalah waktu yang cukup singkat bagi saya bersama MEREKA... Di sana, saya mengenal kehidupan MEREKA...

MEREKA lah ahli fitrah. Ibarat kain putih yang suci, tak terpalit dengan sedikit pun kotoran. Hati mereka tak tercalit dengan sebarang noda dosa. Apa yang mereka mengerti?
Senyuman yang penuh ikhlas, tangisan yang penuh pengharapan, gelak ketawa yang merawat segala duka...

Kehadiran saya disambut dengan kekakuan. Kaku, gugup berhadapan dengan mereka. Saya tak benar-benar mengenali kehidupan mereka dan psikologi mereka. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Berada bersama dunia mereka adalah satu anugerah...

TARBIYATUL AULAD~

"Adik, betul ke nak keje kat taska ni? Penat tau jaga budak, bukan boleh duduk diam je. Kamu tu da la anak bongsu, mana biasa jaga budak2 ni." akak saya cuba mendapatkan kepastian.

"Ye, betul la. Belum cuba mana tau kan." saya nekadkan keputusan. Lebih-lebih lagi ketika itu, saya sangat memerlukan kerja untuk memanfaatkan masa cuti.

Dalam hati saya masih berkira-kira, apa persediaan ni? Mental dan fizikal...

Lalu, satu buku saya capai, mungkin boleh membantu...


Jangan salah faham... Siapa yang sudah membaca buku ini, mungkin tahu apa yang disampaikan Ustaz Hasrizal (I.Allah saya akan kongsikan dalam post akan datang). Alhamdulillah, buku ini banyak memberi sedikit gambaran awal mengenai psikologi kanak-kanak. Sedikit sebanyak mengubah persepsi saya terhadap layanan kepada mereka.

Berbekalkan sedikit ilmu daripada buku ini, saya memulakan kerjaya sebagai 'babysitter', huhu. Siapa kata jadi pengasuh tak memerlukan ilmu. Sesungguhnya ilmu itulah membimbing segala pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini.

WAJAH MEREKA MERAWAT DUKA~

Pernah saya mendengar kata-kata, " tengok budak kecil ibarat macam melihat bunga kembang pagi. Berbunga rasa hati."
Ya, saya setuju! =) Wajah mereka merawat kegelisahan, melihat gelak mereka menyejukkan hati. Mendengar tangisan mereka? Hu4, menguji kesabaran.







Segalanya telah berlalu, 3 bulan yang lepas. Namun segalanya masih segar di ingatan. Jauh di sudut hati, saya mendoakan mereka agar kelak membesar menjadi anak-anak yang soleh/ah.

KITA PERNAH MELALUI ZAMAN ITU~

Bersama mereka setiap hari, menggamit memori zaman kanak-kanak saya. Saat itu, dunia ibarat milik kita. Semuanya mahu dicuba, tak ada sedikit pun perasaan gentar, tak ada juga masalah yang perlu difikirkan. Yang ada, hanya keseronokan mengenali dunia
Hanya mampu tersenyum..
Yang pasti, detik masa terus berjalan. Kita pernah menjadi anak kecil, juga pernah menjadi anak remaja. Sekarang kita dewasa, dan yang pasti kita akan bertemu penghujung hayat...

Rakam lah detik perjalanan hidup kita, moga dapat kita mengambil ibrah. Moga dapat kita menyingkap kebesaran Tuhan...

Sanah Helwa ya ukhtaini (^_^)



Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...

Dedikasi khas buat sahabat, ASILAH & FARAH.
Moga Allah merahmati kalian berdua. Moga pertambahan umur dalam keberkatan, moga thabat dalam perjuangan, moga dikurniakan jannahNya (^_^)

Moga sedikit tanda ingatan ini memanjangkan lagi hubungan silaturrahim, dengan harapan makin bercambah ikatan ukhwah dan kasih sayang...

~SELAMAT HARI TUA~

Awan berarak ceria tiada titis hujan
Pohon melambai tanda sokongan
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman
Di hari lahirmu SAHABATKU

Dedaun berguguran membuktikan kedewasaan
Walau tanpa madah dan hadiah
Namun cukup untukku sekadar ucapan
SELAMAT HARI LAHIR
Iringan doa kuhulur
Bersyukur kepada-Nya atas nikmat usia

Usiamu ibarat mutiara
Hiaskan iman bersulam taqwa
Agar sempat mengucup haruman syurgawi
SELAMAT HARI LAHIR...



Sunday, December 4, 2011

DI MANA SENSITIVITI KTA??

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah, subhanallah, subhanallah...

2 hari lepas, selesai satu program dakwah bersama JAWI. Satu program yang berusaha melahirkan bakal-bakal golongan USTAZ/AH PROFESSIONAL. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Syukur juga kerana saya terpilih untuk menyertai program tersebut. Dalam ramai lagi hambaNya, kenapa saya yang terpilih??
Ya, saya dapat rasakan inilah KASIH SAYANG ALLAH, terima kasih Ya Allah...

TEORI VS PRAKTIKAL

"Hari ni ada talk, esok ada seminar, malam ni talaqi, minggu depan pulak ada kuliah"
"Ye, nak pegi2."

Alhamdulillah, kesedaran terhadap kepentingan ilmu sebeginilah yang kita mahukan dalam masyarakat kita. Kejarlah ilmu, carilah majlis ilmu, kerana dari situlah kita semakin mengenali Tuhan kita.

Namun dalam skop dakwah, saya ingin membawa anda semua berfikir. Sejauh mana teori ilmu mampu membawa dan memandu kita menghadapi realiti masyarakat sebenar??

Maka saya melihat cabaran turun ke lapangan berhadapan dengan masyarakat adalah realiti yang sebenar. Sudah terlalu banyak teori ilmu yang kita dapat, maka sampai masa segala ilmu itu perlu dipraktikkan dalam masyarakat sebenar.

Alhamdulillah, pengalaman yang dilalui membuka mata saya akan realiti masyarakat di luar sana. Ramai hamba Allah di luar sana yang memerlukan bantuan kita. Jadi, siapa lagi kalau bukan kita yang menghulur tangan membantu dan memimpin mereka menuju jalan kebaikan.

Tahniah PROTAZ PROJECT (^_^)