TASKA CAHAYA EMAS, di sana terpahat satu memori yang benar2 membekas di hati. 3 bulan adalah waktu yang cukup singkat bagi saya bersama MEREKA... Di sana, saya mengenal kehidupan MEREKA...
MEREKA lah ahli fitrah. Ibarat kain putih yang suci, tak terpalit dengan sedikit pun kotoran. Hati mereka tak tercalit dengan sebarang noda dosa. Apa yang mereka mengerti?
Senyuman yang penuh ikhlas, tangisan yang penuh pengharapan, gelak ketawa yang merawat segala duka...
Kehadiran saya disambut dengan kekakuan. Kaku, gugup berhadapan dengan mereka. Saya tak benar-benar mengenali kehidupan mereka dan psikologi mereka. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Berada bersama dunia mereka adalah satu anugerah...
TARBIYATUL AULAD~
"Adik, betul ke nak keje kat taska ni? Penat tau jaga budak, bukan boleh duduk diam je. Kamu tu da la anak bongsu, mana biasa jaga budak2 ni." akak saya cuba mendapatkan kepastian.
"Ye, betul la. Belum cuba mana tau kan." saya nekadkan keputusan. Lebih-lebih lagi ketika itu, saya sangat memerlukan kerja untuk memanfaatkan masa cuti.
Dalam hati saya masih berkira-kira, apa persediaan ni? Mental dan fizikal...
Lalu, satu buku saya capai, mungkin boleh membantu...
Jangan salah faham... Siapa yang sudah membaca buku ini, mungkin tahu apa yang disampaikan Ustaz Hasrizal (I.Allah saya akan kongsikan dalam post akan datang). Alhamdulillah, buku ini banyak memberi sedikit gambaran awal mengenai psikologi kanak-kanak. Sedikit sebanyak mengubah persepsi saya terhadap layanan kepada mereka.
Berbekalkan sedikit ilmu daripada buku ini, saya memulakan kerjaya sebagai 'babysitter', huhu. Siapa kata jadi pengasuh tak memerlukan ilmu. Sesungguhnya ilmu itulah membimbing segala pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini.
WAJAH MEREKA MERAWAT DUKA~
Pernah saya mendengar kata-kata, " tengok budak kecil ibarat macam melihat bunga kembang pagi. Berbunga rasa hati."
Ya, saya setuju! =) Wajah mereka merawat kegelisahan, melihat gelak mereka menyejukkan hati. Mendengar tangisan mereka? Hu4, menguji kesabaran.
Segalanya telah berlalu, 3 bulan yang lepas. Namun segalanya masih segar di ingatan. Jauh di sudut hati, saya mendoakan mereka agar kelak membesar menjadi anak-anak yang soleh/ah.
KITA PERNAH MELALUI ZAMAN ITU~
Bersama mereka setiap hari, menggamit memori zaman kanak-kanak saya. Saat itu, dunia ibarat milik kita. Semuanya mahu dicuba, tak ada sedikit pun perasaan gentar, tak ada juga masalah yang perlu difikirkan. Yang ada, hanya keseronokan mengenali dunia
Hanya mampu tersenyum..
Yang pasti, detik masa terus berjalan. Kita pernah menjadi anak kecil, juga pernah menjadi anak remaja. Sekarang kita dewasa, dan yang pasti kita akan bertemu penghujung hayat...
Rakam lah detik perjalanan hidup kita, moga dapat kita mengambil ibrah. Moga dapat kita menyingkap kebesaran Tuhan...
No comments:
Post a Comment