Thursday, December 22, 2011

Kerja di Ladang (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah, hari ini Allah dengan sifat Ar- RahmanNya tetap mengurniakan kita dengan nikmat nyawa, masa, dan yang paling besar nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah, rasa bersyukur dengan nikmat kesihatan hari ini. Walaupun sedikit nikmat kesihatan ditarik hari ini, saya masih bersyukur, Allah izinkan kaki ini untuk melangkah ke kelas dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat:
" Sakit ini sebenarnya satu nikmat, tandanya Allah sayangkan kita, Dia ingat akan kita."

Waktu itu, terdetik di hati, "akupun nak juga, perhatian dari Kau Ya Allah. Ya Allah da lama benar aku tak ditimpa sakit, bimbang-bimbang leka dalam nikmat sihat yang kau kurniakan."

Nah! Kamu yang minta kan? Jadi, kenapa mahu mengeluh pula, sedangkan permintaan dah pun dimakbulkan (^_^)
Terima kasih, kerana hambaMu dipilih dari kalangan hamba-hambaMu =)

****************************

APA CITA-CITA KAMU??

Satu ketika dulu, soalan ini begitu sukar untuk saya jawab. Jawab sekadar perlu,
"Mungkin pendidik kot, tapi tengok atas rezeki juga la.."

Itu dulu, tapi sekarang saya ada jawapan yang datangnya dari JIWA saya...

Bila ada yang bertanya, "Ni ambil pengajian Islam nanti jadi ustazah la?"
Jawapan saya dengan penuh YAKIN,
"Ya, InsyaAllah, doa-doakan lah ye, =)"

~Ustazah je? Zaman sekarang ni, anak muda perlu BERJIWA BESAR... Kalau ustazah, da berlambak kat luar sana~~

(^_^) Tak lah, ustazah bukan profesion biasa. Pendidik bukan calang-calang orang, kalau bukan kerana jasa mereka, tidak berdirinya kita di sini sekarang, sebagai seorang mahasiswa.


ALLAH TUNJUKKAN JALAN~~

Satu ketika dulu, ketika saya masih belum membuka mata menilai dengan sebaiknya, saya sekeras-kerasnya tak mahu menjadi seorang guru@pendidik@ustazah.
Alasan, saya tak pandai mengajar, tak ada kemahiranlah!

Hakikatnya, KEMAHIRAN MENDIDIK DATANG DARI JIWA.

Kemahuan mahu menyampaikan apa ilmu yang ada, biarpun sedikit, dengan niat mereka yang memperolehinya mendapat sesuatu kebaikan, InsyaAllah..

Segalanya bermula di sini....
TASKA CAHAYA EMAS,
Saya melihat kehidupan kanak-kanak yang sangat butuhkan bimbingan, mereka perlu dibentuk dengan bimbingan dan ajaran yang betul. Ajaran dan nilai hidup Islam yang indah. Di waktu jiwa mereka masih suci dari karat-karat jahiliyah dan masih tak terpalit sebarang dosa, jiwa mereka perlu diisi dengan keperluan agama dan rohani.

~~Memori dahulu menggamit kembali....

"Cikgu, betul ke Nabi Adam dulu duduk di syurga? Lepas tu, kena hantar ke dunia sebab buat dosa?"

Cikgu hanya menjawab: "Ya, betul."

Yang lain berebut-rebut mahu menambah, "Sebab diorang makan buah yang tak boleh makan kan?"

Cikgu tersenyum, "Aah, pandainya. betul3..."

Si Cikgu hanya mengiyakan, memberi peluang mereka berkongsi apa yang mereka tahu sebelum mencelah dan menambah. Listen first...

Tiba-tiba ada satu soalan, " Tapi kan cikgu, saya pelik. Ada orang kata Hawa dibuat dari tulang rusuk Adam. Kalu betul la kan, kenapa orang lelaki ada je tulang rusuk lagi sekarang, tak hilang pun. Betul ke cikgu, macam pelik je..."

"Aduiih! Mencabarnya soalan, nak jawab apa?Ni budak-budak kalau jawab salah, bahaya..." lama cikgu berfikir, kanak hanya termangu menunggu jawapan...

Tiba-tiba ada yang mencelah, " Cikgu! Saya ada buku cerita, cikgu bacakan boleh? Buku cerita seram cikgu.

Buku beralih tangan, cikgu membelek-belek. Tiba-tiba tergelak, kata seram...

"Ni bukan buku cerita seram, ini kisah perang di zaman nabi kita..."

"La yeke, saya nampak ada berdarah-darah, ingatkan cerita seram. Cikgu ceritalah.."
Bersungguh-sungguh meminta.

Cikgu hanya tersenyum, dalam hati, "Tak pernah bercerita kepada kanak-kanak ni, macam mana ye? Takpe, believe yourself, U can do it!!"

~Cikgu bercerita, budak-budak khusyuk mendengar~~

Hmm, kalau cerita yang salah, diorang tetap percaya kot, hati-hati... (^_^)

Inilah rutin harian dahulu, sementara menunggu van sekolah datang mengambil mereka, mereka akan meminta saya bercerita.
Kadang-kadang saya minta mereka bercerita. Biarpun kadang-kadang mengarut, saya cuba menjadi pendengar yang baik. Mungkin di situ ada nilai motivasi, mereka yakin dengan kemampuan diri mereka.




Sejak itu, saya nekad dengan keazaman diri. PENDIDIK is the best choice...


LADANG AKHIRAT

"Menjadi pendidik merupakan ladang akhirat"

Kata-kata tersebut masih melekat di gegendang telinga saya.

Dr. Muhaya, sering kali mengulanginya dalam slot ceramah beliau. Dari situ, motivasi saya semakin meningkat.

Namun sebenarnya, apa-apa jua kerja atau amal yang kita lakukan di dunia adalah ladang bagi akhirat. Seandainya betul niat kita kerana Allah, InsyaAllah ganjaran yang kita perolehi.

Seorang doktor yang meniatkan amalnya bagi membantu menyihatkan tubuh pesakitnya, moga-moga pesakitnya mudah melakukan ibadah kepada Allah. InsyaAllah, besar semaian baginya di ladang akhirat kelak.

Dunia ibarat ladang bagi akhirat. Seharusnya kita bekerja di ladang ini sebaiknya bagi menyemai benih di sana. Moga-moga dengan hendakNya semaian yang telah kita semai sejak di dunia bakal bercambah dan mengeluarkan hasil. Dan pastinya hasil yang kita impikan adalah jannahNya (^_^) ameen...

Ya Allah,
Permudahkanlah bagi kami kefahaman dalam agamaMu,
Fakihkanlah kami dalam menuntut ilmuMu,
Ajarkanlah apa yang kami tidak tahu.

Ya Allah,
Bantulah kami dalam menetapkan niat,
Tuntunlah hati ini agar tidak terpesong,
Sesungguhnya sedikit ilmu yang kau kurniakan,
Manfaatnya adalah untuk seluruh alam,
Izinkan sedikit ilmu dimanfaatkan,
Atas dasar satu nama jalan perjuangan,
Perjuangan menyampaikan keindahan agamaMu...


~BEKERJA DI LADANG, MENYEMAI BENIH TERBAIK~

No comments:

Post a Comment